Sabtu, 4 Februari 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.








WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

            “Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
            Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
            Juga pun”.

Assalamualaikum... salam maulidurasul kpd semua Umat islam..

                                                                                                                                      -aliffamyru-

Khamis, 28 Julai 2011

Salam belaker sekp2 ite... 

amber xtau nok citer nper ari nie,p sejok masuk poli & duk rmoh sewa baru,amber ase nok lajor men gitar... hahahaha... bukan naper nie budok2 rumoh sewa ar nie duk men ngn gitar depan amber, pah amber sekali duk belajor men gitar... hahahaha.... gilor pale,mgu depan g cari gitar ar sutir.. 
semangat kit de bayok gitar,hahaha...

akan bersambung...


Jumaat, 10 Jun 2011

Pertembungan Jiran Pantai Timur (Terengganu FC lwn Kelantan FC)

FINAL PIALA FA LIGA SUPER 2011


kepada pemain Terengganu FC main sunggoh boh... peteh abis-abisan.. Awok2 nie sokong  lake deme dari belakang.. hok de bukit Jalil 2 jgn baloh,sokong je... balik bior selamat lake,amin.


 Barisan Pemain Terengganu FC
"bℯrℯh lakℯ bℴh sℯk2 kitℯr" (",) ~ℒℴvℯ yℴu all~ bℯrℯh ヅbℴh~





Ahad, 22 Mei 2011

"Perhiasan Bagi Lelaki"

  Assalamualaikum... Sy hanya nk bercerita pasal perhiasan bagi laki-laki yg bergelar(kaum Adam). Laki-laki & perempuan menpunyai perhiasan masing2 dengan iaitu perempuan dengan rantai mas,berlian,intan permata dan macam2 lgi... namun sy hendak bercerita tentang perhiasan bagi lelaki kaum yg menbela wanita ini & pelindung wanita.



1)                         Perhiasan lelaki pada tubuh badan iaitu jasad hanya lah cincin kerana memakai cincin adalah sunnah Rasulullah s.a.w. 
Namun bukan bgitu bukan kerana lelaki tidak mempunyai perhiasan lain..



2)                      ILMU adalah perhiasan bagi lelaki. seseorang lelaki (suami) memerlukan ilmu kerana laki2 tersebut akn memimpin,menbimbing kaum wanita..
 Perumpamaan ilmu itu bg lelaki adalah lebih bernilai dari harta benda,lebih mahal dari kasut baju yg harganye beratus2 ringit tu..
Malah jika seseorang wanita(kaum wanita) itu jahil dalam ilmu tidak apa,kerana 
seorang laki2 (suami)akan memimpin wanita (isteri)dengan ilmu yg dimiliki nya..




3)                     "lelaki(suami) boleh memimpin wanita(isteri) selagi dia mempunyai ilmu akhirat yg btul kerana kaum wanita mempunyai sifat kebudakkan,sifat bermain.."hadis rasulullah saw..
sebab itu jika seseorang wanita bermain dengan perhiasan meminta2 untuk perhiasan diri meraka,nabi megizinkan bg lelaki(suami) untuk menurutkan sahaja kehendak isteri. Perempuan dicipta dengan sifat keanak-anakan..


Adaptasi dari kuliah : Ustaq Azhar Idrus.. 

Isnin, 9 Mei 2011

"Meh bace novel ganu... Amber suke.."

NOVEL GANU


            Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?

           Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.


          Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.


           Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.


           Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

            Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.
Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.
Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

             “Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”
Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang! 

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

Sabtu, 7 Mei 2011

"Petua memilih kenderaan"

Hadis Rasulullah SAW di atas menjelaskan unsur-unsur kebahagiaan dalam diri seseorang. Seseorang
lelaki yang mempunyai isteri solehah atau seorang perempuan yang mempunyai suami yang soleh,
mereka mempunyai rumah yang selesa untuk didiami, mempunyai jiran yang baik untuk berinteraksi
dalam kehidupan seharian dan mempunyai kenderaan yang selesa dan tidak berlaku masalah atau
kerosakan ketika dalam perjalanan adalah orang yang bahagia dalam hidupnya.

Dalam hadis itu juga, baginda menyenaraikan memiliki kenderaan yang selesa yang boleh digunakan
tanpa memberikan masalah adalah salah satu daripada tanda kebahagiaan.
Justeru seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dan tepat untuk membeli kenderaan
agar ia benar-benar memberi kebahagiaan dan bukannya menambah pening kepala.
Kenderaan yang dimiliki menerusi kaedah pemilikan yang betul diiktiraf sebagai harta kepada individu
yang memilikinya. Dalam Islam mengurus dan membelanjakan harta adalah antara amanah Allah.
Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasil dan menggunakan harta dengan baik dan bijaksana.
Dalam kacamata Islam, harta adalah alat untuk menjamin keselesaan hidup manusia di dunia dan
kebahagiaan di akhirat. Ia juga merupakan wasilah untuk mencapai takwa.
Allah juga menganugerahkan harta kepada manusia untuk menguji manusia itu sama ada bersyukur atau
sebaliknya sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam surah al-Anfaal ayat 28 yang bermaksud: Dan
ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah
pahala yang besar. 

Untuk memiliki sebuah kenderaan seseorang perlu mempunyai sejumlah wang yang mencukupi. Untuk
memiliki wang yang cukup seseorang itu perlu mempunyai perancangan yang betul dalam menguruskan
kewangannya.
Perancangan yang betul dalam menguruskan kewangan akan membantu seseorang itu memperolehi
gambaran yang jelas tentang kedudukan kewangan terkininya, memberi hala tuju yang tepat mengenai
matlamat kewangan yang ingin dicapai yang akhirnya akan membolehkannya mencapai matlamat yang
diharapkan secara lebih efektif.
Bijaksana dalam menguruskan keperluan hidup dengan memahami keutamaan (aulawiyat) menjadi asas
penting seseorang itu akan dapat menikmati kebahagiaan hakiki.
Dalam memiliki harta Islam amat menitikberatkan bagaimana harta itu diperolehi. Ia hendaklah
menerusi kaedah pemilikan yang sah seperti menerusi jual beli, hadiah, sedekah dan sebagainya.
Maka dalam konteks ini, perkara utama dan pertama yang perlu diberikan perhatian oleh setiap individu
yang hendak membeli kenderaan ialah memastikan kaedah pemilikannya mestilah menerusi kaedah
yang betul dan disahkan oleh Islam.
Pembelian dengan mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan adalah kaedah yang popular
berbanding dengan pembelian tunai khususnya yang berkaitan dengan pembelian kereta.
Bagi seorang pembeli muslim memilih pembiayaan secara Islam adalah satu kewajipan. Sebabnya
kaedah pinjaman membeli kenderaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan konvensional
mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti riba.

Riba haram di sisi Islam dan ia dikategorikan sebagai salah satu daripada dosa besar seperti sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan
harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan
yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Allah SWT menyifatkan mereka yang enggan meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan
sengaja, berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya
yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan
tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, jika kamu tidak meninggalkannya,
isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278 ).
Dosa riba ini kesannya bukan hanya ke atas orang Islam sahaja malah bahangnya turut menimpa orang
bukan Islam kerana riba itu jelas satu bentuk penindasan dan kezaliman. Sehingga wajarlah Allah
memberi pelbagai ancaman, antaranya adalah dengan azab yang pedih, sebagaimana firman-Nya dalam
surah al-Baqarah ayat 275.
Nabi SAW juga sangat keras ancamannya terhadap dosa riba antaranya baginda bersabda ertinya: "Riba
mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya"
(Riwayat Ibn Majah).
Membeli kenderaan baru atau terpakai memerlukan seseorang itu membuat perancangan. Namun tidak
ramai bakal pembeli kereta misalnya yang bersedia membuat perancangan.
Mungkin kerana terlalu gembira dan tidak sabar-sabar untuk memiliki kenderaan sendiri membuatkan
seseorang tidak begitu memberi perhatian kepada aspek-aspek penting sebelum membeli sebuah
kereta.
Malah ada yang berpandangan kenapa perlu menyusahkan diri membuat perancangan, yang penting
dapat kereta seperti yang diidamkan. Walau apa pun alasan, perancangan adalah satu perkara yang
tidak boleh diabaikan sebagaimana pepatah "jika gagal merancang, seseorang itu merancang untuk
gagal".
Berikut antara panduan mudah sebelum seseorang membuat keputusan adalah pemilihan model kereta.
Jangan memilih model-model yang pelik, yang jarang digunakan kerana model-model berkenaan
kemungkinan sukar dijual semula, nilai jual semula yang rendah, kemungkinan alat gantinya susah serta
mahal untuk mendapatkannya dan kemungkinan kos menyelenggara juga tinggi.

Nilai
Pilihlah model yang banyak digunakan dan yang mempunyai nilai jual semula yang tinggi.
Perkara keduanya ialah berkaitan dengan harga, bayaran muka dan jumlah bayaran bulanan. Aspek ini
penting untuk memastikan kenderaan berkenaan mampu dimiliki, dapat membuat analisis beban
kewangan yang bakal ditanggung dan dapat memilih institusi yang menawarkan kemudahan
pembiayaan yang kompetitif.
Aspek seterusnya adalah yang berkaitan dengan perundangan dan segala dokumentasi yang berkaitan.
Ini bagi memastikan bakal pembeli memahami hak dan tanggungjawab dari sudut undang-undang
apabila membuat pembiayaan agar tidak timbul masalah di kemudian hari.
Aspek ini juga banyak yang ambil mudah, tidak ramai yang membaca dan cuba memahami segala butirbutir
yang tercatat dalam semua dokumen pembiayaan.
Walau excited atau apa pun alasannya, bakal pembeli perlu faham, jelas dan tahu akan hak dan
tanggungjawabnya, sebelum menandatangani sebarang perjanjian.
Dalam konteks Sistem Kewangan Islam di Malaysia, institusi kewangan Islam tidak ketinggalan
menawarkan kemudahan pembiayaan membeli kenderaan khususnya kereta.
Ada dua kaedah pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam iaitu Bai Bithaman Ajil (BBA)
dan Al Ijarah Thumma Al Bai (AITAB). Kaedah pembiayaan menerusi kaedah AITAB lebih popular
berbanding BBA.
AITAB atau sewa kemudian jual lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya
pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah
(pajakan/penyewaan) dan kontrak Bai' (jual beli). Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara
berasingan dengan turutan yang betul.
Tujuan AITAB adalah membantu pelanggan mendapatkan aset yang dikehendaki dan mendapatkan
wang tunai.
Menerusi AITAB ini sebagai contoh pelanggan akan memilih kereta yang ingin dibeli. Kemudian,
pelanggan berkenaan memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut daripada institusi kewangan,
pelanggan biasanya membayar deposit kereta berkenaan dan berjanji akan memajak kereta tersebut
daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.
Pihak institusi kewangan akan menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual. Setelah itu,
penjual akan memindahkan hak milik kereta berkenaan kepada pihak bank. Kemudian pihak bank akan

memajakkan kereta tersebut kepada pelanggan untuk tempoh yang dipersetujui.
Pelanggan akan membayar sewa ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan. Pada akhir tempoh
pajakan, bank akan menjual kereta tersebut kepada pelanggan pada harga yang telah dipersetujui.
Kaedah BBA pula ialah tidak jauh bezanya dengan pembiayaan untuk membeli rumah. Mekanisme
operasi BBA ialah pembeli memilih kenderaan yang ingin dibeli, kemudian pembeli mendapatkan
pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan.
Pihak bank akan membeli kenderaan tersebut daripada penjual secara tunai dan kenderaan tersebut
telah menjadi hak milik pihak bank. Selepas itu pihak bank akan menjual kenderaan berkenaan kepada
pembeli berdasarkan harga jualan yang telah termasuk keuntungan yang telah dipersetujui.
Hak milik kenderaan tersebut berpindah kepada pembeli dan pihak pembeli akan membayar harga
jualan kepada bank secara ansuran di dalam tempoh yang telah dipersetujui.
Semua kenderaan berenjin di negara ini diwajibkan memiliki perlindungan insurans atau takaful sama
ada perlindungan komprehensif atau sekurang-kurangnya perlindungan pihak ketiga.
Tidak memiliki perlindungan insurans atau takaful merupakan satu kesalahan undang-undang.
Janganlah kita semua tertipu dengan banyaknya bank-bank riba, jangan pula tertipu dengan tersebarnya
muamalah riba ini di setiap tempat, serta banyaknya orang yang bermuamalah bersamanya, kerana
yang demikian bukanlah dalil akan bolehnya muamalah ini. Akan tetapi itulah sebenarnya adalah dalil
yang menunjukkan banyaknya orang yang berpaling dari perintah Allah serta menyelisihi syariat-Nya.. 


Jumaat, 6 Mei 2011

Jiwang kit malam nie....huhuhu... Jangan maroh ek org puan... bukan nk ngate,p nie hok nabi kter... setuju xorg puan,... ker guaner????

 JANGAN KAHWINI PEREMPUAN YANG ADA 6 SIFAT INI

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah"
1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengo...men itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. 

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.
5. Wanita Basaqah : ada 2 makna: Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. ---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam..